| Tarikh | : 13 November 2025 |
| Masa | : 12.00 tengahari – 12.20 tengahari |
| Peserta | : 2 orang |
| Lokasi | : NADI Pekan Bandar Baharu |
Tujuan
Memberi kesedaran kepada wanita tentang bahaya cyst, tanda-tanda awal dan pentingnya pemeriksaan kesihatan berkala.
Aktiviti
Podcast kali ini berkongsi pengalaman sebenar pesakit yang kehilangan ovari akibat cyst sebagai inspirasi dan panduan kepada pendengar. Memberi sokongan emosi kepada wanita yang sedang melalui keadaan sama, agar mereka tidak merasa bersendirian. Mendidik masyarakat tentang rawatan, pilihan perubatan, serta langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko komplikasi. Membina semangat positif bahawa kehilangan sebahagian anggota badan bukan pengakhiran, sebaliknya permulaan kekuatan baharu. Menggalakkan wanita untuk lebih peka terhadap tubuh sendiri dan berani mendapatkan rawatan awal.