mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Disember 2025 : Dilea – Open Tuition Bahasa Inggeris 02.12.2025

Tarikh: 02 Disember 2025
Masa: 3.30 petang – 4.30 petang
Peserta: 2 orang
Lokasi: NADI Pekan Bandar Baharu 

Tujuan

Sebagai penambahbaikan daripada kelas yang pernah dijalankan. Program ini terbuka kepada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 dan merangkumi subjek-subjek teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Sains,  dan Pengajian Am (khusus untuk Tingkatan 6).

Aktiviti

Peserta berjaya menghadiri sesi pembelajaran secara dalam talian melalui platform Google Meet. Sepanjang sesi, mereka memberikan tumpuan sepenuhnya dan terlibat secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru. Guru menyampaikan pengajaran dengan pendekatan interaktif yang merangkumi penerangan topik, sesi soal jawab dan aktiviti latihan. Kaedah ini membantu meningkatkan kefahaman pelajar secara berkesan dalam masa yang singkat. Peserta menerima maklum balas secara langsung daripada guru berkaitan prestasi dan pemahaman mereka. Keseluruhan sesi berlangsung dengan lancar, teratur dan menepati masa yang telah dijadualkan.

Gambar disini