| Tarikh | : 31 Januari 2026 |
| Masa | : 3.00 petang – 5.00 petang |
| Peserta | : 6 orang |
| Lokasi | : NADI Pekan Bandar Baharu |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk mengukuhkan kefahaman dan kemahiran asas pelajar sekolah dalam bidang teknologi dan pengaturcaraan melalui sesi ulang kaji yang tersusun dan praktikal.
Aktiviti
Program Tiny Techies memberi peluang kepada peserta untuk mengulang kaji dan mempraktikkan semula asas Micro:bit, Robotik, Python, HTML dan SQL secara interaktif dan berperingkat. Peserta akan didedahkan kepada konsep pengaturcaraan, logik pemikiran, penyelesaian masalah serta pembangunan aplikasi dan sistem ringkas. Program ini membantu meningkatkan keyakinan peserta dalam teknologi digital serta menjadi asas kukuh ke arah pembelajaran STEM dan kemahiran digital masa hadapan.