RM100 Juta Dibelanja di Bawah Pelan Strategik Bandar Baharu
BANDAR BAHARU, 9 Jan — Kira-kira RM100 juta dibelanjakan sehingga kini di bawah Pelan Strategik Bandar Baharu bagi tujuan pembangunan dan penambahbaikan daerah berkenaan.
Anggota Parlimen Kulim / Bandar Baharu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata perbelanjaan itu termasuk pembinaan Kompleks Sukan Komuniti sebanyak RM5 juta dan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kerian (RM60.25 juta).
Selain itu, Projek Penempatan Rimbunan Kasih Kampung Permata Simpor melibatkan RM23 juta serta pembinaan lapan unit gerai di Parit Nibong yang menelan belanja RM1.5 juta.
Melalui pelan strategik disusun atur Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri itu, katanya Bandar Baharu bakal berubah wajah menjadi sebuah daerah yang pesat membangun.
Abdul Aziz berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas majlis pelancaran ‘Discover Kedah 2016’ peringkat daerah di Dataran Bandar Baharu, semalam.
Program julung kali anjuran Pejabat Daerah Bandar Baharu itu berjaya menarik lebih 3,000 penduduk sekitar serta dari Pekan Parit Buntar, Perak menyaksikan pameran 19 bot berhias di Sungai Kerian.
Sumber : Bernama
Bandar Baharu
Nama pekan Bandar Baharu bakal ditukar kepada Bandar Crustacea, Mac depan sebagai tarikan pelancongan dan bersifat lebih komesial di kawasan Kedah Selatan sempena Jelajah Kedah 2016.
Menurut Pegawai Daerahnya Muhammad Che Nai berkata, pemilihan nama Bandar Crustacea bertepatan dengan ciri fizikal kawasan pekan Bandar Baharu yang terkenal dengan udang galah dari Sungai Kerian.
Car Boot Sale
Ia adalah satu acara yang penjualnya menjual barang-barang terpakai mereka kepada pengunjung2 acara dengan hanya membuka tempat simpanan kereta mereka. Namun sekarang Program Car Boot Sale moden, ada yang menyediakan tempat seperti meja dan khemah untuk meletakkan barang-barang jualan mereka. Acara ini biasanya dijalankan sebelah pagi atau petang untuk elakkan cuaca panas.
