mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Disember 2021 : Program Bicara KDB Internet Dan Anda

Tarikh

:  23 Disember 2021

Masa

:  10.00 pagi – 11..30 pagi

Peserta

:  Pertugas PEDi dan orang awam

Lokasi

:  Facebook Live


Tujuan

Program Bicara Klik Dengan Bijak mengenai internet dan anda.

Aktiviti

Program Bicara KDB yang membincangkan tentang risiko penggunaan internet sebagai contoh menjadi mangsa serangan kejuruteraan sosial. Kejuruteraan sosial ialah seni memanipulasi mangsa menerusi muslihat dan penipuan supaya mangsa memberi maklumat sulit dan wang. Selain itu, terdapat beberapa jenayah siber yang lain seperti penipuan percintaan ‘love scam’, scam tawaran pekerjaan, ‘email scam’ dan ‘phising’. Pengguna boleh bertanya ke One Stop Centre yang betul untuk sebarang pertanyaan berkaitan jenayah siber ini. Sebagai pengguna internet yang bijak kita jangan menyebarkan berita palsu kerana individu yang menyebarkan berita palsu boleh didakwa Seksyen 505 Kanun Keseksaan atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. Sebarang berita yang mencurigakan boleh disemak di laman web Sebenarnya.my.

Gambar disini