| Tarikh | : 04 Disember 2025 |
| Masa | : 3.00 petang – 4.30 petang |
| Peserta | : 2 orang |
| Lokasi | : NADI Pekan Bandar Baharu |
Tujuan
Meningkatkan kesedaran tentang kewujudan kamera tersembunyi di ruang awam dan penginapan. Mengajar teknik mudah mengesan kamera tersembunyi.
Aktiviti
Peserta akan mempelajari apakah sebenarnya kamera tersembunyi, bagaimana teknologi ini berfungsi serta mengapa ia sering disalahgunakan untuk tujuan mengintip dan merakam tanpa kebenaran. Webinar ini akan menerangkan jenis-jenis kamera yang biasa digunakan, termasuk kaedah penyamaran seperti dalam pengecas telefon, alat pengesan asap, jam digital atau peralatan elektronik kecil yang sukar dikesan.