mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Januari 2025 : Webinar Tiny Techies Workshop Microbit dan Robotic 13.01.2025

Tarikh: 13 Januari 2025
Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Peserta: 2 orang
Lokasi: NADI Pekan Bandar Baharu

Tujuan

Pembelajaran mikrobik dan robotik adalah langkah penting dalam melahirkan generasi yang celik teknologi dan bersedia menghadapi cabaran masa depan. Antara kelebihannya ialah meningkatkan literasi teknologi, membangunkan kemahiran berfikir secara kreatif, menjana minat dalam bidang kerjaya teknologi dan sebagainya.

Aktiviti

Microbit ialah sebuah papan mikropengawal (microcontroller) kecil yang direka khusus untuk membantu pelajar memahami asas pengaturcaraan dan elektronik. Ia adalah alat pendidikan yang interaktif dan mudah digunakan, membolehkan pengguna mencipta pelbagai projek teknologi secara kreatif. Peserta diberi peluang melakukan program pengaturcaraan mudah menggunakan platform MakeCode.

Robotik merujuk kepada bidang sains dan teknologi yang berkaitan dengan reka bentuk, pembangunan, pengendalian, dan penggunaan robot. Robotik menggabungkan pelbagai disiplin ilmu seperti kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan elektrik, pengaturcaraan komputer, dan kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan mesin yang dapat melakukan tugas secara automatik atau dengan kawalan manusia. Di akhir program peserta diberi kuiz untuk menentukan tahap kefahaman peserta

Gambar disini