| Tarikh | : 29 Januari 2026 |
| Masa | : 3.00 petang – 4.30 petang |
| Peserta | : 1 orang |
| Lokasi | : NADI Pekan Bandar Baharu |
Tujuan
Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang ancaman serangan siber serta langkah pencegahan yang boleh diambil untuk melindungi data peribadi, akaun digital dan sistem dalam kehidupan seharian.
Aktiviti
Program ini memberi pendedahan tentang jenis-jenis serangan siber seperti scam, phishing, malware, penggodaman akaun dan kecurian identiti. Peserta akan didedahkan kepada kaedah mengenal pasti ancaman, amalan keselamatan asas serta tindakan segera yang perlu diambil sekiranya menjadi mangsa serangan siber, bagi memastikan penggunaan teknologi yang lebih selamat dan bertanggungjawab.