| Tarikh | : 23 Januari 2026 |
| Masa | : 10.00 pagi – 12.00 tengahari |
| Peserta | : 1 orang |
| Lokasi | : NADI Pekan Bandar Baharu |
Tujuan
Webinar ini bertujuan membantu usahawan dan bakal usahawan memahami asas pengurusan kewangan yang betul bagi memastikan aliran tunai yang sihat, perancangan bajet yang berkesan serta kestabilan kewangan perniagaan dalam jangka pendek dan panjang.
Aktiviti
Webinar ini memberi pendedahan tentang cara merancang kewangan perniagaan, mengurus pendapatan dan perbelanjaan, memisahkan kewangan peribadi dan perniagaan, serta merancang simpanan dan pelaburan asas. Peserta juga akan didedahkan dengan tips praktikal untuk membuat keputusan kewangan yang lebih bijak demi kelangsungan dan pertumbuhan perniagaan.