| Tarikh | : 16 Januari 2026 |
| Masa | : 3.30 petang – 3.46 petang |
| Peserta | : 4 orang |
| Lokasi | : NADI Pekan Bandar Baharu |
Tujuan
Menerapkan nilai etika, disiplin dan sikap profesional dalam kalangan pemain e-sukan. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan tingkah laku positif semasa bermain dan berkomunikasi dalam permainan.
Aktiviti
Kelas kesedaran ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai etika dan sikap yang perlu ada sebagai seorang pemain e-sukan, sama ada di peringkat santai mahupun kompetitif. Fokus diberikan kepada pengurusan emosi, komunikasi berkesan, semangat kesukanan, serta tanggungjawab terhadap diri, pasukan dan komuniti. Program ini bertujuan melahirkan pemain e-sukan yang bukan sahaja mahir bermain, tetapi juga berdisiplin dan beretika.