| Tarikh | : 28 Januari 2026 |
| Masa | : 5.00 petang – 5.35 petang |
| Peserta | : 2 orang |
| Lokasi | : NADI Pekan Bandar Baharu |
Tujuan
Memberi pendedahan dan kefahaman kepada belia, ibu bapa dan masyarakat tentang peluang kerjaya sebenar dalam industri e-sukan, bukan sekadar bermain permainan video.
Aktiviti
Podcast ini membincangkan landskap industri e-sukan di Malaysia, merangkumi pelbagai laluan kerjaya seperti pemain profesional, jurulatih, pengurus pasukan, pengacara (shoutcaster), penganjur kejohanan, pencipta kandungan, pengurusan media dan teknologi sokongan. Peserta akan didedahkan dengan realiti industri, kemahiran yang diperlukan, cabaran sebenar serta disiplin dan etika yang perlu ada untuk membina kerjaya mampan dalam dunia e-sukan.