| Tarikh | : 28 Januari 2026 |
| Masa | : 3.30 petang – 5.00 petang |
| Peserta | : 2 orang |
| Lokasi | : NADI Pekan Bandar Baharu |
Tujuan
Memberi kesedaran kepada ibu bapa, pendidik dan anak-anak tentang kepentingan penggunaan internet dan media sosial secara selamat, beretika dan bertanggungjawab, khususnya bagi golongan bawah umur.
Aktiviti
Webinar ini membantu ibu bapa memahami sebab had umur ditetapkan, serta memberi panduan praktikal untuk membimbing anak menggunakan media sosial dengan selamat tanpa menjejaskan perkembangan mental, emosi dan sosial mereka.Umur 16 tahun dianggap sebagai garis selamat kerana pada peringkat ini perkembangan emosi, pemikiran kritikal dan kawalan kendiri remaja lebih matang. Mereka mula mampu memahami risiko seperti scam, buli siber, eksploitasi dan ketagihan skrin. Dapat menilai kandungan dengan lebih rasional. Bertanggungjawab terhadap jejak digital dan privasi diri.