| Tarikh | : 30 Oktober 2025 |
| Masa | : 11.00 pagi – 11.30 pagi |
| Peserta | : 1 orang |
| Lokasi | : NADI Pekan Bandar Baharu |
Tujuan
Mendengar kisah sebenar, cabaran, dan kekuatan seorang lelaki yang menjadi penjaga kepada insan yang membesarkannya dahulu.
Aktiviti
Dalam episod kali ini, Doktor Muhammad Feroz bin Hasan, seorang caregiver kepada ayahnya yang merupakan pesakit kanser, berkongsi pengalaman sebenar tentang pengorbanan, kekuatan emosi, dan cabaran yang jarang dibincangkan oleh lelaki. Beliau menyatakan tekanan emosi dan sosial sebagai anak lelaki yang menjaga ayah. Stigma “lelaki kena kuat” realiti atau beban. Cara menguruskan keletihan fizikal dan mental sebagai penjaga. Sokongan yang boleh bantu caregiver terus bertahan.