mcmc
Maklumat Setempat

Sejarah Pusat Internet Pekan Bandar Baharu

Pusat Internet (PI) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

Pusat Internet Pekan Bandar Baharu mula beroperasi pada Disember 2007.

Pusat Internet Pekan Bandar Baharu terletak di pinggiran Sungai Kerian iaitu bersempadan 3 negeri (Bandar Baharu) Kedah, (Parit Buntar) Perak dan (Nibong Tebal) Pulau Pinang. Di awal penubuhannya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Bandar Baharu. Selepas 5 tahun iaitu pada September 2012 nama Pusat Jalur Lebar Komuniti Bandar Baharu telah ditukar kepada Pusat Internet Pekan Bandar Baharu. Selain itu, Pusat Internet Pekan Bandar Baharu juga telah diubahsuai dan dibekalkan peralatan teknologi yang terkini untuk kemudahan penduduk setempat. Ahli pertama Pusat Internet Pekan Bandar Baharu ialah Puan Jamiah Binti Yusuf telah mendaftar pada 5 Januari 2008. Kini Pusat Internet Pekan Bandar Baharu mempunyai lebih dari 1500 orang ahli.